Posts

Creed Fisher -Life of a workin' man . Lirik lagu yang menyengat , luahan warga kerja America USA .

Image
Creed Fisher satu nama yang underrated dalam dunia music country kini menghadirkan sebuah lagu yang cukup sentimental dalam dunia warga kerja di USA . Lagu yang berjudul 'Life of a workin' man' begitu bersahaja dinyanyikan seakan akan lunak suara Jamey Johnson dan Chris Stapleton . Begitu menyentap jiwa di samping video vintage Chevy trucknya . Wow, sentap Dengarkan komposisi lagu ini, walaupun dengan hanya chord guitar semudah D G D G A , ianya sangat berkesan menerangkan emosi 'tired' seorang cowboy aka workin man dalam menempuhi hari-hari hidupnya. Satu lagu yang cemerlang Creed Fisher . Good Job ! That's we call whats country music looks like . Star 8.5/10

It's beautiful , itulah kebanyakan komen lagu - Forever's Gonna Start Somewhere - Chad Brownlee

Image
Nama Chad Brownlee pertama kali saya dengar hari ini . Mungkin terlepas pandang tentang beberapa singlenya sebelum ini . Setelah wikipedia barulah saya tahu bahawa beliau merupakan anak kelahiran British Columbia , Canada yang kita sedia maklum paling indah panorama semulajadi di dunia . Membelek page youtubenya , saya berulang kali memainkan lagu Forever's Gonna Start Somewhere  di samping melayari keindahan panorama . Apa yang menarik adalah kebanyakan komen terhadapnya adalah 'beautiful' . Dan 'Yes it's 'beautiful' Lagu yang menyamankan minda disebalik kata-kata yang menguatkan jiwa . Keep up the good work Chad. Star : 8/10 .

Head banging bersama Chris Young - Raised on Country .

Image
Chris Young merupakan salah seorang penyanyi country yang bersuara lunak 'bucket' kata producer Nashville tersohor Billy Decker . Penyanyi yang pernah memenangi CMA melalui lagu country baladnya 'Tommorow' dan duet bersama Cassadee Pope 'Think of You' , kali ini menampil dengan up-tempo singlenya yang berjudul Raised by Country . - Rolling Stones  Muziknya kali ini agak crunchy dengan overdrive berbanding lebih lembut dengan akustiknya sebelum ini. Luar dari kebiasaan, namun saya yakin single selepas ini lebih menyengat jika Chris menampilkan soft country yang menjadi siulan peminat tegar genre country . Star : 8.5 / 10

Saksikan Mark Wiens duta jelajah makanan sedunia menikmati sajian nasi kerabu dan ulam budu di Kelantan

Image
Mark Wiens merupakan penjelajah makanan yang paling tersohor di dunia dan di youtube, baru-baru ini telah pun menikmati juadah nasi kerabu dan nasi ulam budu di Kelantan . Saksikan gelagatnya . Ke mana saja pengembaraannya untuk mencuba pelbagai jenis makanan di dunia pastinya mendapat sambutan hangat pelbagai bangsa. Jadi tak hairanlah subscriber Youtube beliau kini telah pun mencapai 3.8 juta dan antara 'content creator' yang berjaya di dunia. Mark Wiens you are my man bro ... Star : 9.5/10  

Brad Paisley dengan 'Bucked Off' mencuit hati cowboy yang cuba putus cinta .

Image
Tanpa perlu diperkenalkan panjang lebar, Brad Paisley merupakan superstar top 5, American Country Music Januari lalu telah menerbitkan lagu terbarunya 'Buck Off'. Lagunya berkonsepkan happy go lucky cowboys dengan unsur komedi putus cinta yang mencuit hati. Dengan adunan riff twang guitar dari Dr.Z amp yang lemak lunak bersama fiddle dan pedal steel yang merupakan satu kemestian lagu-lagu Brad . Audionya dibancuh dengan secukup rasa dengan studio room yang agak besar. Dari segi videonya , kacukan video amatur smartphone dengan band bar view adalah tipikal dan kebiasaan dalam genre musik country sebelum ini . It's a Nashville bar life Thanks Brad , you got me , you got Malaysia . Star : 9.6/10